Wednesday, August 8, 2007

'Puan... harapan untuk bayi ini adalah sangat nipis'

Life stories....
Venue: - Accident site
- Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Ini merupakan kisah menakjubkan yang di alami seorong bayi yang ketika itu berumur 6 bulan... Bayi ini, ibunya, datuk dan neneknya serta beberapa ahli keluarga yang lain dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menghantar pakciknya ke senai airport utk melanjtkan pelajaran ke luar negara. Van yang dipandu oleh datuk bayi itu dipandu terus merentasi kegelapan malam. Akibat terlalu penat, ibu bayi ini terus tidur menghiraukan pemandangan di luar dan perbualan yang sedang berlangsung sesama keluarga..

Sesungguhnya, ALLAH telah menyediakan keluarga ini satu ujian yang berat di hadapan mereka.. Dalam keadaan mengejut, sebuah lori telah merempuh van yang dipandu oleh datuk bayi tersebut. BOOM!!!! 'Head on collision' yg berlaku menyebabkan ibu kepada bayi tersebut sedar dari tidurnya.

Dalam keadaan kebingungan dan lemah, ibu tersebut terus meninjau ke arah sekelilingnya.. di dapati, bahagian depan van telah remuk.. kelihatan jasad adik beradiknya yang terbaring namun masih bernafas. Orang ramai mula berkumpul dan menolong mangsa kemalangan tadi..

Ibu: Ya ALLAH, bayi ku... mana bayi ku.... syahir! syahir! mana kau nak....

Ibu tersebut terus mencari.. dan akhirnya dia menjumpai anaknya 2 meter dari tempat kemalangan. Anaknya diangkat, di tepuk-tepuk badannya, di panggil-panggil namanya, namun... tiada tindak balas.. Dalam keadaan panik, kedengaran bunyi ambulan. Syahir, ibunya dan beberapa orang yang lain telah di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan...

Di hospital

Ibu: Doktor.. bagaimana keadaan anak saya?

Doktor Muda: Puan, anak puan... dia.. dia.. buat masa ni, dia belum reponse lagi kepada keadaan sekeliling (external stimuli).. ketika itu, mata ku tidak bertindak balas terhadap suluhan lampu yang di main2kan di mata ku..

Ibu: Doktor.. tolong anak saya.. tolong selamatkan dia...

doktor: Puan... harapan untuk bayi ini adalah sangat nipis... tapi, kami akan cuba sedaya upaya kami... puan pergilah berehat..

Dalam keadaan bingung, sedih, takut... ibu tersebut terus menunggu... dan akhirnya, tanpa dia sedari, dia tertidur... dalam beberapa seketika, ibu tadi tersedar dari tidurnya.... dan kelihatan doktor muda tadi, sedang berlegar2 di hadapannya...

Ibu: doktor, bagaimana keadaan anak saya? dengan suara terketar-ketar..

Doktor: Tu die puan, tgh merangkak atas katil... alhamdulillah dia masih hidup.. dengan kuasa ALLAH, budak ni tiba-tiba sahaja bertindak balas dan sekarang dia sudah boleh merangkak..

Pada malam itu, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui perasan ibu tersebut.... betapa gembiranya dia dapat melihat anak yang telah dikandungnya selama 9 bulan, di selamatkan oleh ALLAH... 'Its a miracle from GOD' kata ibuku kepada ku...

2 comments:

Hikbal Ujir said...

Allah made us can inhale the oxygen today with purpose,which is to loyal and obedience of His commandment. He made us fly overseas with purpose as well,wasnt for jolly, but make us realized the path that over spoken but disappeared as it penetrate through heart, and maybe unspoken as no body dares to make it into reality. I wonder why are we had been chose, do u reckon?

Anis Syuhada said...

:D