Sunday, August 5, 2007

En H... Insan yg tabah...

Time: 11am
Day: Friday
Venue: School..

Pada hari ini, ALLAH telah ketemukan aku dengan insan yg sungguh hebat.. Dia, En H (bukan nama sebenar) telah datang menyapaku ketika aku sedang duduk bermain dgn laptop.. En H berkaca mata hitam, jalan bertongkat, kelihatan ceria dan telah menyapaku..

En H: Assalammualaikum... Adik buat pe tu...?
Syahir: Saya tgh buat assignment ni pakcik.. duduk la dulu...

En H terus duduk .. walaupun aktiviti duduk itu merupakan aktiviti yg mudah bagi manusia biasa, ia bukan lah merupakan perkara mudah bagi En H...

Syahir: Saya Syahir.. pakcik nak saya panggil pakcik ape?
En H: Panggil je pakcik En H(bukan nama sebenar) - kelihatan En H mengambil nafas yang dalam sambil pipinya terketar... namun begitu, senyuman cerianya benar2 menyembunyikan penderitaan yang sedang di hadapinya...

En H: Saya ni sakit syahir... dah 10 tahun dah... Cume baru tahun lepas jadi macam ni... (sambil tersenyum)... penglihatan saya sekarang dah sedikit kabur....

aku pun terus melihat ke arah matanya.. kelihatan terdapat sedikit merah2 di sekeliling mata hitamnya.. tanda haemorage(pendarahan dalaman).. Terus aku teringat tentang AGE ( Advanced Glycation End Product) salah satu component penting yang menyumbang kepada penipisan dan penebalan artery. AGE sangat berkait rapat dengan micro dan macrovascular complication utk penyakit diabetis... salah satunya, diabetic retinopathy (complication yg menyebabkan penglihatan En H kabur)

Syahir(monolog): En H ni, kene kencing manis kot....

En H: Saya ni kene kencing manis...

Syahir: Saya tgk, pakcik ni kuat orangnya... dalam keadaan macam ni, boleh lagi pakcik teruskan pekerjaan (di rahsiakan) pakcik ni....

En H: kalau nak ikutkan hati syahir, pakcik nak baring je kat katil... tapi, pakcik kene lawan syahir....., pakcik kene terus kehidupan...

Syahir: Saya gembira tgk semangat pakcik...

Syahir(monolog): ya ALLAH kau bantu lah En H ni dalam dia mengharungi kehidupannya...

Perbualan kami diteruskan dgn latar belakang aku dan juga latar belakangnya... Peristiwa ini telah mengikatkan aku kpd satu ayat dalam Quran

' katakanlah, dia yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan, dan hati nurani bagi kamu. (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur'
Al mulk 67:23

ya ALLAH, apa telah kami buat dgn kurnian mu ya ALLAH... Kemanakah kami salurkan pendengaran kami, penglihatan kami, dan hati kami... ya ALLAH, kau terimalah taubat kami...

'

0 comments: