Friday, August 10, 2007

Isra' Mikraj.... :D

Venue: Masjid Jamek Taman Rinting
Event: A talk about Isra’ Mikraj
By: Ustaz Ameeer (by the way, dia kirim salam kat student kita)

Assalammualaikum, dalam sesi kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dari ceramah ini.. saya ingin menceritakan mengenai kisah kaum2 yang Rasulullah ketemui ketika dalam perjalanan semasa Isra' Mikraj..

Kaum 1
Kaum ini kelihatan sedang bercucuk tanam, dan setiap tanaman itu mengeluarkan hasil dan hasilnya sentiasa menjadi.. Rasulullah telah bertanya kepada Jibril mengenai perihal kaum yang sedang baginda perhatikan.. Jibril menjawab : mereka itulah antara kaum mu yang berjihad di jalan ALLAH.

Kaum 2
Kaum ini kelihatan sedang menghantukkan kepala mereka ke arah batu.. mereka menjerit-jerit kesakitan..namun mereka meneruskan pekerjaan menghentak kepala itu....
Rasulullah telah bertanya kepada Jibril mengenai perihal kaum yang sedang baginda perhatikan.. Jibril menjawab : Mereka inilah manusia-manusia yang tidak mendirikan sembahyang.....

Kaum 3

Terdapat dua golongan dalam kaum ini. Salah satu daripada mereka, sedang memegang daging yang elok, manakala kaum yang lagi satu sedang memegang daging yang buruk.. dan kelihatan sedang memegang daging yang sudah busuk... kaum yg memegang daging elok tadi meninggalkan daging mereka, dan kaum yang memegang daging buruk itu kelihatan memakan daging buruk tadi.. serta daging baik yang ditinggalkan(part 'serta daging baik yang ditinggalkan; tak sure sgt, boleh refer kat org yg ade ilmu mengenai isra' mikraj)
Rasulullah telah bertanya kepada Jibril mengenai perihal kaum yang sedang baginda perhatikan.. Jibril menjawab : Mereka inilah orang2 yang mempunyai pasangan yang halal, tetapi mereka tinggalkan pasangan halal mereka dan pergi mencari pasangan yang haram dan tidur sehingga subuh...

Kaum 4
Kelihatan seorang lelaki yang sedang memikul kayu yang banyak... mukanya kelihatan penat, namun begitu, dia terus memikul kayu yang lain...Rasulullah telah bertanya kepada Jibril mengenai perihal kaum yang sedang baginda perhatikan.. Jibril menjawab : Itulah orang yang suka menerima amanah yang banyak, namun begitu mereka tidak menyempurnakan amanah yang diberi...

Ceramah di hentikan kerana sudah pun masuk waktu isya'.... Semoga kita menjadi kaum 1 dan di elakkan drpd menggolongkan diri dalam kaum 2,3,4

No comments: